Sumbangan dalam bola sepak David Chung Kim Hiong

David Chung tiba di Papua New Guinea pada 1985 pada usia 23 tahun semasa dalam urusan perniagaan ketika berkerja dengan sebuah syarikat multinasional yang terbabit dalam bidang pembakalan, perhotelan, perdagangan runcit dan borong. Kemudian beliau memohon kerakyatan negara itu dan tidak lagi menjadi warga negara Malaysia kerana undang-undang Malaysia melarang kewarganegaraan bersilang.

Awalnya beliau cenderung kepada liga ragbi. Tetapi berubah menjadi seorang pemain bola sepak, jurulatih dan pengadil sebelum muncul sebagai pegawai kanan dalam PNG FA. Beliau mencari penaja serta menghulurkan pembiayaan kewangan sendiri ke arah pembangunan sukan bola sepak dan akhirnya sebagai presiden PNG FA.


Beliau turut memperkenalkan pertandingan liga bola sepak separuh profesional di Papua New Guinea (2006), meningkatkan bola sepak peringkat akar umbi, menyokong pembangunan sukan bola sepak wanita dan menyelia projek infrastruktur termasuk pembinaan akademi bola sepak kebangsaan dan pusat teknikal serantau.